BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 4 September 2016


JOM REVIEW LAGI

Pecahan

1. Pecahan wajar
→ pengangka lebih kecil dari penyebut
2. Pecahan tak wajar
→ pengangka sama atau lebih besar dari penyebut
3. Nombor bercampur
→ Gabungan nombor bulat dan pecahan wajar
4. Tukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur
→ boleh menggunakan operasi bahagi
→ boleh menggunakan operasi tolak berturut-turut
5. Tukar nombor bercampur kepada pecahan tak wajar
→ darabkan nombor bulat dengan penyebut kemudian tambah dengan pengangka
6. Tambah/Tolak pecahan
→ sama penyebut
¤ kekalkan penyebut
¤ tambah/tolak pengangka sahaja
¤ permudahkan jawapan kepada pecahan termudah
→ tak sama penyebut
¤ perlu cari pecahan setara untuk samakan penyebut
¤ setelah sama penyebut, tambah/tolak pengangka sahaja
¤ permudahkan jawapan kepada pecahan termudah
7. Pecahan daripada suatu kuantiti
→ daripada bermaksud darab
→ terjemahkan soalan dan tulis jawapan dalam ayat matematik
→ selesaikan
→ permudahkan jawapan dalam pecahan termudah/nombor bercampur termudah
8. Darab pecahan
→ boleh darab pengangka dengan pengangka, penyebut dengan penyebut
→ boleh guna kaedah pemansuhan antara pengangka dengan penyebut
→ permudahkan jawapan kepada pecahan termudah/nombor bercampur termudah
9. Bahagi pecahan
→ simbol bahagi ditukar kepada simbol darab
→ pecahan disebelah kanan operasi disongsangkan
→ boleh darabkan pengangka dengan pengangka, penyebut dengan penyebut
→ boleh guna kaedah pemansuhan antara pengangka dengan penyebut
→ permudahkan jawapan kepada pecahan termudah/nombor bercampur termudah
★ semua operasi pecahan boleh juga menggunakan kaedah melukis gambarajah
10. Istilah pecahan
→ suku = 1/4
→ setengah = 1/2
→ tiga suku = 3/4
11. Tulis dalam perkataan
→ perkataan per perlu bercantum dengan penyebut
¤ contoh : 1/4 - satu perempat
12. Pecahan setara
→ sama pecahan dengan pecahan yang diberi
→ contoh : 1/2 = 2/4 = 3/6 dll
13. Pecahan termudah
→ pecahan yang tidak boleh dikecilkan lagi
→ contoh : 20/40 = 2/4 = 1/2, 1/2 ialah pecahan termudah
¤ petua utk semak pecahan termudah :
a. jika nombor genap/nombor genap, sifir yang perlu digunakan ialah sifir 2
b. jika diakhir setiap pecahan ialah 5 atau 0, contoh 15/20 sifir yang paling sesuai ialah sifir 5
c. jika nombor genap/nombor ganjil atau nombor ganjil/nombor ganjil, sifir yang paling sesuai ialah sifir 3,7,11 (nombor perdana)

0 comments: