BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 6 September 2016



JOM ULANGKAJI LAGI




CARA LAIN KITA BOLEH GUNA UNTUK JAWAB SOALAN INI :-

80% X HARGA ASAL = RM 1200

HARGA ASAL = RM 1200 X 100 / 80

                          = RM 1500

SELAMAT MENJAWAB SOALAN MATEMATIK UPSR 2016
SELAMAT BERJAYA


Monday 5 September 2016


ULANGKAJI LAGI




CUBA JAWAB SOALAN DI BAWAH

















WANG

1. Tulis dalam perkataan/angka
→ perkataan
¤ tidak perlu tulis RM hanya ringgit dan sen
¤ contoh : RM30.95
Tiga puluh ringgit dan sembilan puluh lima sen
2. Bundarkan nilai wang
→ ringgit terdekat
¤ sama seperti bundar nombor bulat
¤ boleh ditulis ada sen atau tiada sen
¤ contoh : RM30.95
RM31.00 atau RM31
3. Tambah/tolak/darab/bahagi wang
→ sama spt operasi nombor bulat dan perpuluhan
4. Kenal mata wang asing
→ ASEAN
¤ brunei - dollar
¤ kemboja - riel
¤ indonesia - rupiah
¤ malaysia - ringgit
¤ myanmar - kyat
¤ filipina - peso
¤ singapura - dollar
¤ thailand - baht
¤ vietnam - dong
¤ laos - kip
→ dunia
¤ amerika syarikat - dollar
¤ kanada - dollar
¤ great britain - pound
¤ australia - dollar
¤ jepun - yen
¤ switzerland - swiss franc
¤ hong kong - dollar
¤ china - renminbi
¤ korea - won
¤ india - rupee
¤ bangladesh - taka
¤ nigeria - naira
5. Instrumen pembayaran
→ wang tunai = bayar bil, beli tiket
→ kad debit (ditolak dari akaun) = beli kasut, bayar petrol
→ kad prabayar (bayar dalam jumlah tertentu) = naik monorel, bayar tol
→ kad kredit (hutang) = bayar kasut, membeli belah di pusat membeli belah
→ cek = derma
6. Faedah
→ faedah mudah
¤ faedah pada tahun pertama
→ faedah kompaun
¤ faedah daripada jumlah terkumpul
7. Harga kos, harga jual, untung, rugi
→ harga kos
¤ modal
¤ harga beli
→ harga jual
¤ harga yang dijual kepada pembeli
→ untung
¤ harga jual lebih tinggi daripada harga kos
¤ untung = harga jual - harga kos
¤ peratus untung =
  Untung
-------- x 100%
Harga kos
→ rugi
¤ harga kos lebih tinggi daripada harga jual
¤ rugi = harga kos - harga jual
¤ Peratus rugi =
    Rugi
-------- x 100%
Harga kos
8. Diskaun, bil, rebat, invois
→ diskaun = potongan harga daripada harga asal
→ bil = penyata bertulis tentang pembelian/bukti pembelian
→ rebat = potongan daripada jumlah bayaran
→ invois = maklumat barangan dan jumlah yang perlu dibayar
9. Aset, liabiliti, faedah, cukai perkhidmatan
→ aset = wang tunai, harta benda
→ liabiliti = tanggungan kewangan/hutang
→ faedah = bonus, dividen
→ cukai perkhidmatan = cukai yang perlu dibayar ke atas perkhidmatan spt hotel, restoran dll

PERATUS


1. Pertukaran peratus/perpuluhan
→ peratus kepada perpuluhan
¤ tukar kepada pecahan kemudian alih titik ke kiri mengikut jumlah 0 atau bahagi spt biasa
→ perpuluhan kepada peratus
¤ tukar kepada pecahan kemudian tukar kepada peratus
¤ darab perpuluhan dengan 100%, kemudian tulis dalam peratus
2. Pertukaran peratus/pecahan
→ peratus kepada pecahan
¤ tukar kepada pecahan, kemudian beri jawapan kepada pecahan termudah
→ pecahan kepada peratus
¤ tukar kepada pecahan perseratus, kemudian tulis dalam peratus
3. Pertukaran nombor bercampur/peratus
→ nombor bercampur kepada peratus
¤ tukar kepada pecahan tak wajar
¤ kemudian tukar kepada pecahan perseratus
¤ akhir sekali tulis jawapan dalam peratus
→ pecahan kepada nombor bercampur
¤ tukar kepada pecahan perseratus
¤ permudahkan pecahan
¤ tulis jawapan dalam nombor bercampur
4. Peratus daripada suatu kuantiti
→ tulis masalah dalam ayat matematik
→ daripada bermaksud darab
→ tukar peratus kepada pecahan perseratus
→ darabkan pengangka dengan kuantiti kemudian bahagi dengan penyebut atau
→ permudahkan dengan cara pemansuhan



Perpuluhan

1. Tulis dalam perkataan/angka
→ Tulis dalam perkataan, nombor di kanan titik perpuluhan ditulis mengikut angka
2. Cerakinan
→ nilai digit boleh ditulis dalam perpuluhan atau dalam pecahan
3. Nilai tempat/digit
→ nilai tempat hanya tulis rumahnya dalam perkataan dengan per digabung ngan nombor penyebutnya
→ nilai digit
¤ boleh ditulis dalam pecahan
¤ boleh ditulis dalam nombor perpuluhan
4. Bandingkan perpuluhan
→ perbandingan nombor bermula dr nilai tempat terbesar hingga nilai tempat terkecil
→ istilah yang digunakan
¤ lebih daripada
¤ kurang daripada
¤ sama dengan
5. Tambah/tolak perpuluhan
→ bina garis menegak untuk samakan titik
→ tulis angka mengikut nilai tempat yg sama
→ lakukan operasi
→ jawapan perlu tulis semula
6. Darab/bahagi perpuluhan dengan 10, 100, 1000
→ alih titik spt bentuk ulat bulu mengikut jumlah sifar
¤ 10 (satu sifar-satu tempat), 100 (dua sifar - dua tempat), 1000 (tiga sifar - tiga tempat)
¤ jika darab ke kanan
¤ jika bahagi ke kiri
7. Darab perpuluhan dengan perpuluhan
→ tempat perpuluhan bagi hasil darab ialah jumlah tempat perpuluhan bagi dua nombor yang didarab
→ contoh
¤ 1 tempat perpuluhan x 1 tempat perpuluhan jawapannya 2 tempat perpuluhan
¤ 2 tempat perpuluhan x 1 tempat perpuluhan jawapannya 3 tempat perpuluhan
8. Bahagi perpuluhan dengan perpuluhan
→ darab nombor pembahagi dengan 10/100/1000 supaya menjadi nombor bulat
→ nombor yang dibahagi juga perlu didarab dengan 10/100/1000 mengikut nombor yang didarab dengan pembahagi
→ contoh
¤ 196.65 ÷ 2.3
# nombor 2.3 perlu didarab dengan 10 utk menjadikan nombor bulat, jd 196.65 juga didarab dengan 10
→ boleh juga nombor perpuluhan dijadikan sebagai pecahan /10,/100,/1000 mengikut nombor perpuluhan
→ contoh
¤ 196.65 ÷ 2.3
= 19665      23
   ----- ÷ ---
       100     10
→ selesaikan seperti bahagi pecahan
9. Pertukaran pecahan/perpuluhan menggunakan formula

Sunday 4 September 2016


JOM REVIEW LAGI

Pecahan

1. Pecahan wajar
→ pengangka lebih kecil dari penyebut
2. Pecahan tak wajar
→ pengangka sama atau lebih besar dari penyebut
3. Nombor bercampur
→ Gabungan nombor bulat dan pecahan wajar
4. Tukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur
→ boleh menggunakan operasi bahagi
→ boleh menggunakan operasi tolak berturut-turut
5. Tukar nombor bercampur kepada pecahan tak wajar
→ darabkan nombor bulat dengan penyebut kemudian tambah dengan pengangka
6. Tambah/Tolak pecahan
→ sama penyebut
¤ kekalkan penyebut
¤ tambah/tolak pengangka sahaja
¤ permudahkan jawapan kepada pecahan termudah
→ tak sama penyebut
¤ perlu cari pecahan setara untuk samakan penyebut
¤ setelah sama penyebut, tambah/tolak pengangka sahaja
¤ permudahkan jawapan kepada pecahan termudah
7. Pecahan daripada suatu kuantiti
→ daripada bermaksud darab
→ terjemahkan soalan dan tulis jawapan dalam ayat matematik
→ selesaikan
→ permudahkan jawapan dalam pecahan termudah/nombor bercampur termudah
8. Darab pecahan
→ boleh darab pengangka dengan pengangka, penyebut dengan penyebut
→ boleh guna kaedah pemansuhan antara pengangka dengan penyebut
→ permudahkan jawapan kepada pecahan termudah/nombor bercampur termudah
9. Bahagi pecahan
→ simbol bahagi ditukar kepada simbol darab
→ pecahan disebelah kanan operasi disongsangkan
→ boleh darabkan pengangka dengan pengangka, penyebut dengan penyebut
→ boleh guna kaedah pemansuhan antara pengangka dengan penyebut
→ permudahkan jawapan kepada pecahan termudah/nombor bercampur termudah
★ semua operasi pecahan boleh juga menggunakan kaedah melukis gambarajah
10. Istilah pecahan
→ suku = 1/4
→ setengah = 1/2
→ tiga suku = 3/4
11. Tulis dalam perkataan
→ perkataan per perlu bercantum dengan penyebut
¤ contoh : 1/4 - satu perempat
12. Pecahan setara
→ sama pecahan dengan pecahan yang diberi
→ contoh : 1/2 = 2/4 = 3/6 dll
13. Pecahan termudah
→ pecahan yang tidak boleh dikecilkan lagi
→ contoh : 20/40 = 2/4 = 1/2, 1/2 ialah pecahan termudah
¤ petua utk semak pecahan termudah :
a. jika nombor genap/nombor genap, sifir yang perlu digunakan ialah sifir 2
b. jika diakhir setiap pecahan ialah 5 atau 0, contoh 15/20 sifir yang paling sesuai ialah sifir 5
c. jika nombor genap/nombor ganjil atau nombor ganjil/nombor ganjil, sifir yang paling sesuai ialah sifir 3,7,11 (nombor perdana)

JOM REVIEW SEBELUM PEPERIKSAAN

Operasi bergabung
1. + - , x ÷ 
→ ikut turutan
2. + x , - x
→ perlu selesaikan operasi x terlebih dahulu diikuti operasi +/-
3. + ÷ , - ÷
→ perlu selesaikan operasi ÷ terlebih dahulu diikuti operasi +/-
4. Kurungan (  )

→ perlu selesaikan operasi dalam kurungan dahulu diikuti operasi lain selepas kurungan mengikut turutan

JOM REVIEW SEBELUM PEPERIKSAAN

Tajuk nombor
1. Tulis dalam perkataan/angka
2. Cerakinkan nilai tempat/digit
→ nilai tempat angka 0 wajib tulis
3. Nilai tempat/nilai digit
→ nilai tempat tak perlu tulis angkanya hanya sekadar tulis rumahnya sahaja
4. Banding nombor
→ besar/kecil
→ simbol > (besar) < (kecil)
5. Susunan nombor
→ menaik (kecil ke besar)
→ menurun (besar ke kecil)
6. Pola nombor
→ tambah/tolak
→ genap (2, 4, 6, 8, 0)/ganjil (1, 3, 5, 7, 9)
7. Bundarkan
→ 0, 1, 2, 3, 4 (tambah 0/kekal)
→ 5, 6, 7, 8, 9 (tambah 1)
8. Nombor perdana
→ 25 nombor (antara 1-100)
→ hanya nombor 2 nombor genap
→ hanya bahagi dengan nombor sendiri dan nombor 1
9. Perpuluhan juta
→ lengkapkan menjadi 7 digit mengikut ruangan
_______
→ contoh : 1.5 juta → 1500000
10. Pecahan juta
→ pecahan asas :
¤ 1/2 juta = 500000
¤ 1/4 juta = 250000
¤ 1/5 juta = 200000
¤ 1/8 juta = 125000
¤ 1/10 juta = 100000
11. Bina nombor
→ nombor terkecil
¤ sekiranya ada angka sifar, angka sifar perlu ditulis ditempat kedua dari kiri
¤ susun angka kecil ke angka besar
→ nombor terbesar
¤ susun angka besar ke angka kecil


TOPIK PENTING DALAM MATEMATIK YANG PERLU DIKUASAI

1. NOMBOR & OPERASI (fakta asas perlu kuasai)
2. PECAHAN (wajib kerana ia kunci pemahaman utk mudah jwb soalan2 lain)
3. PERPULUHAN (penukaran, operasi & 2tp 3tp)
4. PERATUS (konsep formula % ( x 100%), pasangan nilai peratus naik dan turun)
5. WANG (berkaitan peratus & jadual faedah bank, pengiraan dalam bil dan resit)
6. MASA & WAKTU (tempoh masa, sistem dan beza zon masa dunia)
7. UKURAN METRIK (1KM -1000M, 1M -100cm, 1cm - 10mm), (1kg -1000g) 1liter - 1000mililiter
8. KOORDINAT (pksi x, y, asalan, cancang & ufuk)
9. RUANG/SUDUT (jenis2 & bacaan sudut, jenis2 garis, simetri, ciri 2d 3d, perimeter, luas & isipadu)
10. NISBAH & KADARAN (nisbah jgn kecilkan & pecahan kecilkan)
11. STATISTIK(mod,median, min, julat, graf & %)

12. KEBOLEHJADIAN (5 prinsip kebolehjadian)